Assalamualaikum W.B.T...
Alhamdulillah selesai sudah
Program Mengimarahkan Masjid Ridzwaniah pada 09 Febuari 2014 (Ahad) bermula 8.30pagi dan berakhir pada 3.00ptg yang
bertempat di Masjid Ridzwaniah Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang…
 |
| Perkarangan Masjid Ridwaniah, Sg. Batu |
Program ini adalah program bersama antara pensyarah
Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Jawatankuasa
Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) serta Kariah Masjid Ridzwaniah
Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang…
 |
| Sebahagian pelajar yang melaksanakan aktiviti gotong-royong |
Selain
dari aktiviti gotong royong terdapat juga beberapa aktiviti lain yang
dijalankan antaranya aktiviti untuk kanak-kanak pertandingan mewarna,
pertandingan azan dan pertandingan hafazan…
 |
| kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna |
Program
ini juga dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti pameran dari PTSB dan
Jabatan Kesihatan di mana para pegunjung dapat membuat pemeriksaan kesihatan
secara percuma.
 |
| Pemeriksaan Kesihatan |
Akhir
kata, terima kasih kepada penduduk kampung Sg. Batu kerana sudi bergotong
royong menyediakan makanan kepada tetamu yang hadir dan terima kasih sekali
lagi kerana sudi menerima kunjungan kami bagi menjalankan aktiviti
kemasyarakatan di sana…Semoga program ini mendapat rahmat dan keberkatan
daripada Allah S.W.T...Amin…
 |
| Penduduk Kampung bergotong-royong menyediakan makanan |
Orang kuat yang bertungkus lumus membuat perancangan program
dan memastikan program berjalan lancar...Muhamad Fairuz Adzha Bin Muhamad
Raslani...
 |
| Pengarah Program (baju merah) |
 |
| Sidang Media |
 |
| Sebahagian yang menyertai aktiviti |
No comments:
Post a Comment